Wednesday, September 2, 2009

Allahumma- inni-ala-Zikr-ika-wa Shuk-rika-wa-husni-ibad-atika..

Bismillaah ir Rahmaan ir Raheem
(Source: E-mail)

It is said that when the angel of death is taking the rooh (soul) outof thebody whom passes away....it is a painful experience.They say that when the dead awakeon Qayaamat, the effect of the rooh being taken out will still be there.

Therefore, ALLAH has told us torecite the Ayatul-Kursi after every Farz salaat and it is stated that whoever recites this, their rooh will be taken out as you would takeout a strand of hair from a pile of flour. How light would that feel, MashaAllah! May Allah save us from any sort of pain and may He let us die with Imaan in our hearts and save us from the azaab. Aameen.

There is no word as beautiful as Allah.
No example as beautiful as Rasulallah(SAW).
No lesson as beautiful as Islam
No song as melodious as Azan.
No charity as meaningful as Zakat.
No encyclopaedia as perfect as Al-Quran.
No prayer as perfect as Salaat.N
o diet as perfect as fasting.
No journey as perfect as Hajj.

Let's realize that Islam is forever beautiful and perfect, please forward this message to get the sawaab of passing on knowledge.

This is most common among us, most of us talk during Azaan... Read this..The Holy Prophet(SAW) said, Stop doing everything during the Azaan,even reading the Quran, the person who talks during the Azaan will not be able to say the Kalimah-e-Shahadat on his/her death bed....

Please pass this message to EveryOne... READ THIS DUAA FOR BETTER LIFE

Allahumma- inni-ala-Zikr-ika-wa Shuk-rika-wa-husni-ibad-atika..

Wednesday, July 15, 2009

Doa

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Tuesday, June 23, 2009

Bulan Rejab

Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt.

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt.

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa Akhirat.

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt, InsyaAllah...

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu Syurga.

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as;

"Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini? Maka berkata Jibril as "Ya… Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Source: E-mail from Snowflake

Sunday, May 17, 2009

Hukum Hudud

http://berita-harian-online.com/penjelasan-hukum-hudud/

Penerangan ringkas dan padat dari ahli forum - Shamil. Syukran

1. Jenayah Hudud

Definisi yang dapat dipetik dari penulisan mereka mengenai hudud ialah ; “ Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Qur’an atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Qur’an ”.

Al-Mawardy pula mendefinisikan Hudud sebagai “ Sekatan-sekatan atau deraan-deraan yang ditentukan oleh Tuhan sebagai balasan ( hukuman ) kerana melakukan perkara-perkara yang ditegah dan meninggalkan pekara-perkara yang diperintah, kerana tabiat semulajadi manusia yang dikuasai oleh nafsu yang melalaikan dari seksaan akhirat dengan semata-mata mengejar kelazatan dunia yang cepat ”. ( al-Mawardy, al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 221 )

Definisi yang moden dan agak tepat yng dibuat oleh Abdul Qadir Audah tentang jenayah, ialah ( jenayah-jenayah ) yang diseksa kerana melakukannya dengan seksaan Hudud ”. Hudud ialah seksaan-seksaan yang tertentu sebagai Hak Allah s.w.t. Maksud tertentu di sini ialah tidak ada seksaan minima atau maksima, hanya satu seksaan sahaja. Maksud Hak Allah ialah seksaan itu tidak boleh digugurkan ( dimaafkan ) sama ada oleh individu atau masyarakat. ( Abdul Qadir Audah, al-Tasyri c al-Jinaiy al-Islamiy, hlm. 78 ).

Di dalam seksaan ‘itu’ sebagai Hak Allah kerana ia dikenakan ( dikuatkuasakan ) untuk kemaslahatan awam (masyarakat ), iaitu membanteras fasad dalam masyarakat dan menjamin kestabilan dan kesejahteraan kepada mereka. Tiap-tiap jarimah merosakkan masyarakat dan manfaat dari seksaan yang dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah kerana melakukan jenayah tersebut, adalah kembali kepada masyarakat, maka seksaan-seksaan yang dikenakan kerananya dianggap Hak Allah supaya terjamin tercapainya manfaat tersebut. Untuk memastikan supaya kemudharatan ( fasad ) terhindar, maka dianggap seksaan tersebut sebagai Hak Allah supaya tidak gugur seksaan tersebut oleh individu atau masyarakat bila saja disabitkan bersalah.

Jenayah Hudud ada tujuh jenis :
-Zina
-Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi
-Minum Arak
- Mencuri
- Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan )
- Murtad
- Baghy (Bughah - Pemberontakan)

Telah disebut bahawa pengharaman bagi tiap-tiap jenayah Hudud dan Qisas dan seksaan-seksaan yang dikenakan keatasnya adalah bersumberkan al-Qur’an dan l-Sunnah.

Pengharaman Zina, firman Allah yang bermaksud :
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk “.( al-Qur’an, al-Isra’ : 32 )
Hukuman Zina, firman Allah yang bermaksud :
“ Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah disebat tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali sebatan “.( al-Qur’an, an-Nur : 2 )
Hadis Nabi mengenai zina, mafhumnya :
“ Ambillah dari aku ! Sesungguhnya Allah memberi jalan kepada mereka ( perempuan yang berzina ), jikalau teruna dengan dara hendaklah disebat seratus kali sebatan, dan dibuang negeri setahun, dan jika yang telah berkahwin dengan yang telah berkahwin hendaklah disebat dengan seratus kali sebatan dan direjam dengan batu sampai mati “.( Muslim, Sahih : hlm. 188 )
Zina diharamkan dan hukuman hadnya ialah buang negeri ( taghrib ) dan disebat seratus kali bagi yang belum kahwin, dan disebat seratus kali dan direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin ( muhsan ), ada yang berpendapat hanya rejam sahaja bagi yang telah berkahwin.

Pengharaman Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat orang saksi dan hukuman Had mengenainya, Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 4 yang bermaksud :
“ Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik melakukan zina, dan mereka tidak membawa empat orang saksi, maka deralah mereka ( yang menuduh itu )lapan puluh sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya, dan mereka adalah orang-orang yang fasiq “

Iaitu tuduhan zina ( Qazaf ) tanpa membawa empat orang saksi adalah haram, dan hukuman had ke atas orang yang menuduh itu ialah lapan puluh kali sebatan beserta hukuman tambahan iaitu tidak diterima kesaksian orang itu selama-lamanya.

Pengharaman minum arak, Firman Allah yang bermaksud :
“ Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya meminum khamar ( arak ), berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan ( kejayaan ) “.
( al-Qur’an, al-Maidah : 90 )
Hukuman hudud meminum arak ialah disebat, tetapi jumlahnya terdapat dua riwayat ; dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah telah memukul ( sebat )seorang lelaki yang meminum arak dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar, tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang dengan sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman “ seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan “ ( Muslim, Sahih : hlm. 214 ) dan Umar menurutnya.

Hukuman Hudud Jenayah Mencuri, Firman Allah yang bermaksud ;
“ Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya ( sebagai ) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah “.
( al-Qur’an, al-Maidah : 38 )

Hukuman hudud bagi kesalahan mencuri ialah potong tangan dengan cara yang tertentu yang akan dibincangkan kemudian.

Hukuman Perusuh dan Pengacau Keamanan ( hirabah ), Firman Allah yang bermaksud :
“ Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik atau dibuang negeri. Yang demikian itu sebagai satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka akan beroleh seksaan yang besar “.( al-Qur’an, al-Maidah : 33 )
Pengharaman Murtad, Firman Allah yang bermaksud :
“ Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka tidaklah akan diterima ( agama itu ) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk di antara orang-orang yang rugi “.( al-Qur’an, al-Imran : 35 )
“ Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dalam kekafiran, maka amal mereka menjadi sia-sia di dunia dan akhirat “.( al-Qur’an, al-Baqarah : 217 )
Hukuman Murtad ialah bunuh, Hadis Nabi yang mafhumnya ;
“ Tidak halal darah seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tiada Tuhan Yang diSembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan mengakui Aku ( Muhammad ) sebagai Rasulullah, melainkan terhadap salah satu dari tiga ( orang ) iaitu penzina yang telah berkahwin ( muhsan ), membunuh orang tanpa hak dan orang yang meninggalkan agamanya ( murtad ). ”
( Muslim, Sahih : hlm. 164 )

Jenayah Baghy, pengharamannya dan hukumannya, Firman Allah yang bermaksud :
“ Dan jika dua golongan dari orang Mukmin yang berperang maka damaikanlah anara keduanya, jika salah satu dari dua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang membuat aniaya itu sampai golongan itu kembali kepada perintah Allah “.( al-Qur’an, al-Hujurat : 9 )

Inilah sumber perundangan yang utama ( dari al-Qur’an dan al-Sunnah ) mengenai jenayah. Syariat menentukan secara tepat mengenai seksaan atau hukuman bagi tiap-tiap jenayah Hudud, di mana tidak ada hak mana-mana pihak persendirian seperti Qadi atau mangsa atau pihak awam seperti kerajaan atau lain-lain, untuk memilih atau meminda di dalam hukumannya. Jenayah Hudud bila disabitkan tidak ada pengampunan sama ada oleh pemerintah atau oleh mangsa atau oleh pihaknya ( seperti walinya ). Ianya mestilah dilaksanakan bila disabitkan, yang mana hukumannya adalah tertentu dari segi jenis dan kadar hukuman atau seksaan itu. Itulah sebab maka jenayah Hudud itu disebut Had dan hak Allah.
cuba korang fikir kesan perlaksanaan hukum hudud ni. Sudah tentu kadar jenayah di Malaysia ini dapat dikurangkan. Orang yg tak mahu laksanakan hukum Allah ini je yg takut kalau-kalau kesalahan yg dilakukannya akan terjadi pada dirinya, lalu mengatakan hukum hudud ni tak sesuai. Hukum hudud ni dikenakan terhadap orang Islam sahaja. Kalau orang bukan Islam melakukan kesalahan, maka tidak dikenakan hukuman hudud ni. Hukumannya macam seperti sekarang ni la.. Denda RMxx, penjara 3tahun, sebat yg menyalahi hukum Islam sepertimana yg dikenakan keatas banduan di penjara(perogol). Cara menyebatnya tu yg menyalahi dalam Islam…

Monday, May 4, 2009

Nafsu & Syaitan

From http://complexwadi.blogspot.com/2009/02/nafsu-syaitan.html

Salam sejahtera...

Belenggu NAFSU dengan mengurangkan makan. Sempitkan perjalanan syaitan dengan berlapar.Syaitan berjalan dalam badan manusia melalui saluran darah. Bila NAFSU buruk tercetus, SYAITAN akan masuk campur.

Namun syaitan bijak, setelah puas hasut & di saat anak Adam melakukan dosa pada masa itulah syaitan akan lepas tangan, tidak mengaku bertanggungjawab, sbb itu jangan mudah terpedaya.

SYAITAN itu bangsa JIN.Al-Kahfi [50] Dan (ingatkan lah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin…NAFSU itu kepunyaan kita.

ALLAH itu 2 langkah dari manusia. Untuk menuju kepada ALLAH...
1. Pijak NAFSU
2. ALLAH

SYAITAN ada dalam diri NABI. Walaupun syaitan itu tidak masuk ISLAM. Tapi NABI s.a.w berjaya mengawal SYAITAN agar mengikutnya.Menurut hadis Rasulullah s.a.w tidak terkecuali, semua orang itu ada mempunyai syaitan masing-masing. Tanya para sahabat, “sekalipun engkau wahai Rasulullah s.a.w.?” Sabdanya: Sekalipun aku sendiri, tetapi syaitan aku sudah Islam iaitu menurut arahan ku (patuh dan taat di bawah kuasa ku) dan tidak memerintah aku lagi.

Nabi s.a.w pernah bersabda betapa umat akhir zaman berperang dengan nafsu.

SYAITAN ambil peluang atas NAFSU yang tercetus. Berjayalah orang yang membersihkan NAFSU…

Wallahu a'lam

Posted by adi_aussie at 12:51 PM

Wednesday, April 29, 2009

WANITA

Kedudukan kaum Ibu dari sudut Islam; beruntungnya menjadi WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”